Thursday, April 22, 2010

Weekend Di Sg.Buluh

April 16, 2010
Hans paksa aku pergi jemput dia malam jumaat tuh. Kalau tidak, dia langsung tak akan ikut program hujung minggu tu. Sebenarnya, aku nak pergi juga. Tapi disebabkan banyak kerja yang hendak dibuat, maka hatiku rasa tak sedap nak pergi malam tu. Demi member(sahabat sejati la katakan), aku pun bersiaplah pergi dalam keterpaksaan. hehe.. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku pun memulakan rempitku dari Ayer Keroh menuju ke Port Dickson melalui jalan Masjid Tanah. Baru jer sampai Stadium Hang Jebat, hujan dah turun dengan lebat. Aku pun berteduhlah di seberang Taman Bertam Jaya sebab dah basah kuyup.
ikutkan hati keras, berdegil nak redah juga. Tapi memandangkan di sebelah sana (PD) ribut masih rancak memetirkan bumi, maka aku pun mengambil keputusan untuk berpatah balik. Lagipun, dah tengah malam..
apa-apa terjadi nanti, susahlah aku.. manatau kan.. kuda hitamku pancettt ke, kemalangan ke, hantu ke, kan kan.. hehe..

April 17, 2010
Aku bangun agak lewat hari ini dicampur pulak rasa demam suam-suam. Mungkin sebab kena hujan malam tadi. Petangnya, dalam pukul 3.30pm, aku pun memulakan perjalanan yang agak perlahan dari Melaka. Kenderaan banyaklah. Agak bahaya bagi seseorang mat rempit. so, aku sampai di Port Dickson pukul 4.40pm. Sempat juga bermain dengan helikopter Hans. It can't fly but cute btw. Dalam pukul 5.00, aku dan Hans pun merempit la sikit dari PD menuju ke Seremban. Tak sampai pun 20minit, kitorg pun sampailah dekat seremban dan terus berehat di sebuah Shell. Dah rehat dalam kurang daripada 10 minit, kitorg pun meneruskan perjalan lagi. Tak sampai pun 5minit, kitorg pun sampai dekat hentian Seremban yang menuju ke utara. kat sini, kitorg pun berehat lagi sambil ngilip2 manatau, ada yang nalan kan kan.. Dah puas sedut udara berasap, kitorng continue lagi perjalanan yang separuh lagi.
Baru sahaja melepasi hentian Dengkil, hujan lebat pun tiba-tiba turun. Syukurlah kat depan tu ada jejantas. Dapat gak tempat berteduh. Apalagi, bertenggek lah kat tepi highway tu macam orang berakjeraya. kelesau ek. kitorg lepak kat sini lebih kurang 30minit. Hujan dah nampak macam berhenti sedikit. So, kitorg teruskan lagi. Baru kejap jer, hujan lagi. So, berhenti lagi. Kebetulan di depan tu ada jejantas lagi. Tapi Hans dah basah. Hehe..
Dalam pukul 7.40pm, barulah, hujan berhenti. So, kitorg pun meneruskan perjalan dengan perlahan yang teramat sangat. 1, sebab nak jimat minyak. 2, sebab kenderaan dah banyak di jalan. 3, sebab jalan basah dan tentulah licin kan. 4, sebab kitorg tak tahu arah tuju jalan. 5, sebab, kalau sampai awal pun, bukannya ada program pun. 6, sebab kesejukkan. 7, sebab Hans takut. 8. sebab dah gelap(malam). 9, sebab sayangkan nyawa. 10, 2-2 belum kawin lagi. huhu.. OTW tu, adelah skali tu aku tersilap bawa. terkeluar dari jalan dan flying di bahu jalan yang tidak berturap. amat bahaya sebab kelajuan adalah 90km/j masa tu. Syukur lagi sebab tempat landing tu clear, dan aku dapat handle masuk balik ke pangkal jalan. merapu sana, merapu sini, kitaorg pun sampai lah di rumah Bheck dan teru ngelasai vavoi.
Malam tu, aku dan Bheck sibuk training main bola PES sampai pukul 7.00am keesokkannya sedang Hans dah lama didatangi bidadari di dalam mimpinya indahnya.
April 18, 2010
ingat nak attend church SIB Shah Alam hari ni sebab nak ambil hadiah tempat ke-2 piala futsal yang hari tu. Tapi Han muat luntuk. So, kitorg pun tak jadilah pergi. Mana taknya, tidur pukul 7.00am.
padahal, service start pukul 10.30am. huhu. kitorg sebenarnya bangun pukul 1200.
Dah siap semua, kitorg pun menuju ke Shah Alam dan melepakkan diri sambil menikmati lunch dekat Restaurant NTS, Sek25, Shah Alam. Member2 yang lain pun ade sama.
Selepas lepak di situ, aku, Bheck, Hans dan Wett pun pergi survey kasut boot untuk Hans dekat kedai Al-Ikhsan, Alam Central, Shah Alam. Hans tak jadi beli sebab masa dah suntuk untuk memilih.
Kitorg sampai di padang pukul 4.30pm. Refree pun sampai awal. huhu kelesau. Pastu, Player pulak tak cukup. huhu.. kelesau lagi. macam ni la kita. tak mahu bagi sokongan. macamana nak maju?? huhu.. tp
kitaorg main jugalah 8Sebelah VS 9sebelah. Lepas main, hujan lebat. kitorg lepak dekat kedai mamak sek8 sambil berbincang2 dan bermeeting2. selepas hujan berhenti, masing2, pun menuju ke rumah masing2.
Sesi kelas memasak pun tiba. Hans memang pandai memasak. Tak rugi keriit leto yang "ngaak" dia.. bertuah.. tapi hitam.. haha..
Malam tu, aku menghabiskan 1botol sambil ditemani Bheck. Hans dah nyenyak tidur kekenyangan. Aku dan Hans balik ke negeri masing2 pada pukul 2.00am. sebaik sahaja sampai di rumah Hans , hujan pun turun dengan lebatnya pukul tepat 4.00am. aku pun memutuskan untuk tidur di rumah Hans. pukul 7.00am, aku pun balik ke melaka dan sampai di rumah pukul 8.20am. terus mandi, dan masuk office.
huhu.. "tega le tekik ke oyan cerita ji banik ole".-kelesau-

No comments: