Sunday, September 20, 2009

Kebana Semenanjung Family Day 2009 at Sungai Congkak 1

Actually nak gerak malam sabtu. Tapi hujan plak.. anyway, thanks bro vil blanja aku diner malam tu.. ikan dia masak tu sedap.. len kali blanja lagik haha.. aku ni mmg sentiasa on jak.. org bujangkan hehe..

esok tu Sunday, sempat lak p church.. balik jer dr church, aku p office jap.. settlekan apa yang patut.. aku dh janji ngan member sekampung aku.. tp cuaca panas terik.. malas plak jalan awal.. putera lilin la katakana haha.. well, aku saja lengahkan masa.. tunggu petang skit..

pukul 4 dekat-dekat kul 5 br ku bertolak.. hanya berbekalkan sehelai baju 1, seluar pendek 1, aku merempitla spt biasa di highway tu.. hampir sejam, ku dah sampai pasar dengkil.. tp nak cari rumah member, sesat plak.. lebih 30minit ku preng-preng sana sini.. last-last, jumpa juga la.. huhu..

dah jemput dia kat situ, kitorg continue la perjalanan yang tak pasti kemana destinasi ni.. dari dengkil ke sepang, terus ke puchong.. hari dah malam dah kat sini.. pastu ke kajang lagi.. ntah mana la kitorg pusing.. huhu.. saja jer nak pusing Selangor ni(cover la tu.. hehe).. dari kajang sampai semernyih.. ni gara-gara orang buta nuntun orang buta la ni.. well, sampai semernyih, kitorg rehat jap.. perut dah lapar.. time tu, ingatkan dah dekat dah.. tu yang confident jak rileks dulu.. sempat gak ngurat amoi2 kat situ.. jgn jeles.. main-main bha..

dekat 2jam juga la menyembang kat kedai cina tu.. huhu.. dah panas kat situ, kitorg gerak lagi.. kali ni, menuju ke cheras pulak.. dah sampai satu pekan tu, baru nampak signboard tempat yang kitorng nak pergi nih.. its ok la.. masa yang ditepati haha.. rempit punya rempit, finally kitorg sampai kat gate pusat perkelahan sungai congkak..

pengawal kat situ tidur time tu.. mana xnya, dah pukul 11.30malam.. huhu.. nyesal lak aku kejutkan dia.. kalau x, ku main masuk jer skali ngan kuda hitam ku ni.. ermm xpe la.. kira senaman la kan.. apa lagi, kitorang berdarat la.. ingatkan dekat jer.. tauk-tauk, sampai ke hujung jalan. Huhu.. penat juga la.. dah la gelap.. nasib baik mata aku ni mata skubuk haha.. dapat nengok malam.. haha jgn caya tu.. menokok bha tu..

dekat 30minit juga la jalan kaki, akhirnya kita berdua sampai.. wow wow.. see what people there do.. walaupun kita dua dah terlepas aktiviti malam tu, tapi still best juga.. coz dapat jumpa kawan2, sedara2 dan sewaktu dengannya.. kitorang bujang ni apa lagi.. menyembang la sampai pagi.. yg sorang ni tipu yang sorang tu, yang tu pulak, tipu yg si ni.. camtu la kisah dia.. sedar2, dah pagi pulak.. xsedar pulak camna leh tertidur juga smalam.. aku ngan geng aku ni la yang lawak.. orang cakap pergi camping, bawa la atleast selimut ke, kimpit ke kan.. haha..

No comments: